Program Penghijauan Cameron Highlands Siri Kedua

Sebagai langkah bagi menghijaukan semula Cameron Highlands, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bersama Jabatan dan Agensi di bawahnya telah menganjurkan penanaman pokok selama dua hari berturut-turut iaitu pada 7 Mac 2015 dan 8 Mac 2015.

Program Penghijauan Cameron Highlands Siri Kedua merupakan program lanjutan daripada Program Kerjasama Strategik Penanaman Pokok di Cameron Highlands yang telah diadakan pada 30 September 2014 di bawah Sektor Perhutanan yang tertumpu kepada usaha-usaha penanaman pokok di kawasan-kawasan yang telah diceroboh dan terosot sama ada dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) mahupun Tanah Kerajaan.

Sejumlah 3000 pokok di kawasan seluas lebih kurang 3 hektar di Kompartmen 5, Hutan Simpan Gunung Siku, Cameron Highlands, Pahang dan antara spesis pokok yang ditanam ialah Rhu bukit (Gymnostomasumatranum), Podo kebal musang (Nageiawallichiana), Gerok (Exbucklandiapopulnea), Medang kemangi (Cinnamomumporrectum) dan Damar minyak (Agathisborneensis).

Program ini melibatkan penyertaan secara bersepadu agensi-agensi kerajaan seperti Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia (JKPTG), Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan seperti Regional Environmental Awareness Cameron Highlands (REACH), Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dan Institut Rimbawan Malaysia (IRIM) serta penduduk setempat.

Please follow and like us:
0